Biarlah tidak sempurna luarannya asalkan sempurna dalamannya. Ramai di kalangan kita yang sangat mementingkan pandangan luaran berbanding dalaman. Realitinya kita asyik berselindung disebalik penampilan kita.
Aku merasakan bahawa kita tidak mahu orang lain tahu siapa diri kita sebenarnya. Kita juga seboleh mungkin akan mnyorokkan sikap kita yang buruk tu daripada diketahui oleh orang lain. Bila ditempat kerja bukan main elok lagi, sampai rumah huru hara.
Oleh sebab itu jangan kita terpengaruh dengan fizikal seseorang. Keantikan dan keindahan tidak membawa apa-apa makna. Walaupun mungkin ada satu dua perkara yang bersangkutan, namun itu bukanlah gambaran sebenar. Berlaku adil, kerana setiap orang berhak. Lebih-lebih lagi kalau yang buruk itu lebih baik dari yang cantik.
No comments:
Post a Comment