Biarlah tidak sempurna luarannya asalkan sempurna dalamannya. Ramai di kalangan kita yang sangat mementingkan pandangan luaran berbanding dalaman. Realitinya kita asyik berselindung disebalik penampilan kita.
Aku merasakan bahawa kita tidak mahu orang lain tahu siapa diri kita sebenarnya. Kita juga seboleh mungkin akan mnyorokkan sikap kita yang buruk tu daripada diketahui oleh orang lain. Bila ditempat kerja bukan main elok lagi, sampai rumah huru hara.
Oleh sebab itu jangan kita terpengaruh dengan fizikal seseorang. Keantikan dan keindahan tidak membawa apa-apa makna. Walaupun mungkin ada satu dua perkara yang bersangkutan, namun itu bukanlah gambaran sebenar. Berlaku adil, kerana setiap orang berhak. Lebih-lebih lagi kalau yang buruk itu lebih baik dari yang cantik.
Tuesday, July 12, 2016
JOBO...
Kita selalu perasan dalam banyak hal. Perasan cantik, perasan pandai, perasan hebat dan pelbagai perasan yang lain. Perasan ni perlu ada daam diri kita tapi janganlah sampai keterlaluan. Setiap sesuatu yang hebat itu hanyalah milik Alah SWT yang maha berkuasa, pencipta seluruh alam. Dialah yang mengaturkan segala-salanya. Sedangkan kita hanyalah hambaNya yang lemah lagi jahil.
Janganlah kita perasan yang kita terlalu hebat sehinggakan kita menjadi riak dengan kejayaan yang bersifat sementara. Selalulah bersyukur dengan nikmat Allah SWT. Faham, kita ini manusia yang tidak sempurna, ada sahaja kesalahan dan kesilapan sana dan sini.
Aku begitu juga, pantang orang puji dah perasan. Mulalah merah padam muka. Syukur Alhamdulillah, semoga dengan kelibihan yang Allah kurniakan dapat aku manfaatkan untuk anak bangsa. Bukan nak jobo, tapi adalah bakat terpendalam dalam diri aku ni yang boleh aku kongsikan dengan para pelajar. Kadang jadi, kadang tidak. Itulah yang dinamakan ketentuan Allah. Maka, redha, usaha, tawakal dan usaha lagi, InsyaAllah. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)