Sunday, January 29, 2012

REZEKI...




Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Kadangkala, kita rasakan Allah tidak mahu memakbulkan doa kita. Tidak kurang juga yang cepat berputus asa dan terlalu cepat berserah kepada takdir. Akan tetapi kita sering lupa bahawa Allah itu sentiasa ingin melihat sejauh mana ketakwaan kita kepadaNya.

Secara peribadi, aku merasakan pengalaman yang lalu cukup untuk aku sentiasa bersabar dengan apa sahaja kehendak diri. Kalau bukan hari ini, mungkin esok, kalau bukan esok mungkin lusa, kalau bukan lusa mungkin satu hari nanti. Namun, usaha dan doa haruslah istiqamah.

Yakinlah bahawa Allah maha mengetahui.